Kehadapan Enche Boss yang dihormati,
Terima kasih kerana Enche Boss belum pernah lagi menghuru-harakan suasana kerja anak-anak buah Enche Boss sepanjang kehadiran Enche Boss di Kota Metropolitan ini. Berbeza sungguh Enche Boss kalau hendak dibandingkan dengan Dato’ Boss yang dolu-dolu tu (Si Jintan Manis & Si Bunga Lawang pasti sgt setuju, kan?).. Hehe.. Sikap tenang Enche Boss adakalanya membuatkan anak-anak buah Enche Boss kagum tapi ada juga yang berasa agak dangkal dengannya. Enche Boss terlalu tenang sehinggakan sukar untuk anak-anak buah Enche Boss mengagak gerak-geri atau tindak-tanduk Enche Boss seterusnya. Enche Boss sedar tak yang sikap tenang Enche Boss itu ada ketikanya anak-anak buah Enche Boss tak perlukannya? Ada kalanya anak-anak buah Enche Boss berasa keliru di antara sikap tenang Enche Boss dengan sikap ‘penakut’.. (Err...maaf Enche Boss, tiba-tiba saya merasakan agak keterlaluan saya gunakan perkataan ‘penakut’.). Mungkin ada kalanya sikap tenang Enche Boss itu dilihat sebagai sesuatu yang ‘tidak berani;’ (hmm..ini lebih baik)
Enche Boss yang dirahmati,
Saya tidak berniat untuk mencela sikap terpuji Enche Boss itu. Tetapi ada kalanya sikap terpuji itu boleh memakan diri kita Enche Boss.. Kalau Enche Boss tak suka sesuatu (berkaitan hal kerja la Enche Boss), Enche Boss boleh cakap je dengan kitorang.. Paling takpun dengan BFF Enche Boss tuh... Ye la kan, mana la anak-anak buah Enche Boss ni tahu, apa yang dibuat tu tak kena ke, ok ke.. Err.. saya kira Enche Boss mesti tahu yang anak-anak buah Enche Boss terutama kaum Hawa ni kalau bercakap, pitching mesti standard Ning Baizura... takpun Ziana Zain.. Mungkin itu yang membataskan komunikasi dua hala antara Enche Boss dengan anak-anak buah Enche Boss, kan? Hehehe.. ye anak-anak buah Enche Boss memang begitu.. kalau bercakap tu mesti ala2 di medan perang gayanya.. nak mengalahkan bunyi bom barangkali...
Enche Boss yang diberkati,
Sebenarnya, anak-anak buah Enche Boss ni menyanjung tinggi keperibadian Enche Boss tau, lebih-lebih lagi ehem ehem (alamak,saya tak boleh bagitahu la.. nanti bocor la rahsia).. Tapi Enche Boss pun perlu tahu jugak yang ada anak-anak buah Enche Boss tak berapa nak selesa dengan perwatakan tersebut (sayalah tu...).. Tapi takpelah Enche Boss, Enche Boss jangan risau ye... Pandai2lah anak-anak buah Enche Boss tu menyesuaikan diri...
Anak-anak buah Enche Boss ada permintaan.. Boleh tak lain kali Enche Boss jangan pura-pura tenang kalau sebenarnya benda tu memang perlukan keadaan yang huru-haru untuk diselesaikan? Tapi, sebenarnya bersikap tenang itu memang menyenangkan, Enche Boss! Hehehe... Ha, lagi satu..boleh tak kalu Enche Boss berani sket buat keputusan seperti- tidak memperkenankan pengambilan pekerja yang tidak menunjukkan minatnya dlm meneruskan kerja? (Enche Boss faham ke ayat berbeli saya ni?) Kalau Enche Boss tak faham pun, mesti Enche Boss masih bersikap tenang, kan?
Enche Boss yang sentiasa tenang,
Ada beberapa kali anak-anak buah Enche Boss perasan yang Enche Boss ada buat lawak. Tapi, mungkin dek kerana tak sangka atau terkujat maka lawak Enche Boss dipandang kosong, tidak disambut dengan hilai tawa.. Enche Boss janganlah berkecil hati, ye. Kalaulah anak-anak buah Enche Boss tak ‘blur’ (kunun) masa dengar lawak Enche Boss tu, mesti anak-anak buah Enche Boss ketawa berdekah-dekah... Anak-anak buah Enche Boss memang sangat-sangat tidak menyangka yang Enche Boss pandai ‘buat lawak’ rupanya... Enche Boss, nak tanya sikit lagi boleh tak? Kenapa masa tazkirah tempoh hari, bila ustaz tu buat lawak, Enche Boss tak ketawa pun..kurang-kurang senyumlah nampakkan gigi Enche Boss tu.. penat tau ustaz tu kerling kat Enche Boss nak test market lawak dia berjaya tak beli jiwa Enche Boss... huhu.. Ye la, fine... mungkin la ye lawak ustaz tu tak setaraf ‘Lawak Ke, Der’ tapi kurang-kurang menyeringai la sikit, Enche Boss.. hehehe.. Hurmm, ok ok.. faham faham.. Enche Boss ni memang seorang yang tenang kan hinggakan ketawa pun tenang je...
Enche Boss tahu tak yang sebenarnya ada anak-anak buah Enche Boss ni nak kirim doa sempena pemergian Enche Boss ke Tanah Suci nanti. Anak-anak buah Enche Boss ni dah penat dah jerit doa tu kuat-kuat... Tapi macam biasalah, Enche Boss tenang je macam tak dengar je apa yang dijeritkan. Opkos la Enche Boss tak dengar kan, sebab anak-anak buah Enche Boss tu jerit dalam hati je hehe.. Sebabnye? Entah, mungkin anak-anak buah Enche Boss tak nak menyusahkan Enche Boss yang sentiasa tenang tu... Kalau boleh dibuat senarai, maka berkajang pulak lah Enche Boss nak baca depan Kaabah nanti, takpun di Jabal Rahmah tu sudah pasti ada kiriman doanya (wink wink). Ye la, Enche Boss ni pun satu... buat2 la tanya anak-anak buah Enche Boss ni.. nak kirim doa ke? Takpun paling kurang kirim salam pada Rasulullah SAW. Hmm, tapikan Enche Boss, yang tu semua tak penting pun... yang penting, Enche Boss dapat menunaikan ibadah umrah dengan cemerlang, selamat pergi dan kembali, amin.
Enche Boss yang menyenangkan (kata sesetengah oranglah, pastinya BUKAN saya),
Enche Boss tak pelik ke kenapa ada entri pasal Enche Boss ni ye? Hehehe... entahlah Enche Boss sebab tadi saya ada perasaan menyirap kat Enche Boss tapi tak lama.. Tapi apa yang saya perasan, Enche Boss ni macam membuatkan ibu-ibu berbadan dua kurang gemar dengan ketenangan Enche Boss itu. Aduhaiii nye ekekekke.. Pohon beribu ampun ye Enche Boss... Saya percaya bukan salah Enche Boss tapi entahlah..kita salahkanlah ketidakstabilan hormon ibu mengandung je ok..
p/s: Entri ini ditujukan khas untuk Si Bunga Cengkih yang sedang mengalami sindrom ketidakstabilan hormone marahkan Enche Boss yang agak dasyat hinggakan PA Enche Boss (nasib ko lah Che YAYA) turut mendapat tempiasnya ngehngehngeh...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteI am the Owner of Dekentmerchandise, my name is Mohit Singh. I am the Spices supplier in India. We are the exporter, supplier, and wholesalers of Indian Spices.
ReplyDelete