Wednesday, February 29, 2012

ZIKIRULLAH

Ada orang cakap...
Melayu mudah lupa
Habis..Cina, India, Melanau, Kadazan, Iban?
Tidak mudah lupa?
Kita mungkin mudah lupa
Tapi bukan sebab kita Melayu..
Ayuh zikirkan..  Ya Rahmaan 100 kali usai solat fardhu

Ada orang cakap..
Makan Nasi Lemak mudah mengantuk
Santannya memberatkan mata
Kenyang makan bantal dicari
Kenapa santan yang berdosa?
Benarkah hanya kerana makan sahaja mampu mempengaruhi lena kita?
Ayuh zikirkan... Alif Laam Miim Allahu La Ilahaillahu wal Hayyul Qayyuum (Al Baqarah ayat 225)

Ada orang cakap...
Budak-budak jangan dimomokkan
Nanti membesar jadi penakut
Takut gelap, takut bunyi-bunyian, takut  itu, takut ini
Hantu yang dimomokkan tak nampak pun kita dah takut
Takut pada benda yang tak nampak
ALLAH pun kita tak nampak.. tapi TAKUT tak?
Punyai rasa TAKUT  tak mengapa asalkan jangan jadi PENAKUT pada yang karut.. TAKUTlah pada yang KEKAL
TAKUT itu subjektif malah adakalanya indah.. Takut berbuat dosa, takut menerima rasuah, takut berbuat fitnah.. Takut yang ini besar ganjarannya
Lain orang lain takutnya.. takut ambil periksa, takut barang hilang, takut tak sempat sampai awal...takut ditinggalkan... takut menghadapi musuh..takut pada perompak.. pada peragut...
Mari hindarkan rasa takut
Ayuh zikirkan Yaa Baaqi 113 kali setiap malam ketika hendak tidur

Ada orang cakap...
Ada yang orang tak cakap...
Ada orang tak bercakap..
Ada yang tak berhenti bercakap...
Bercakap tak mengapa
Asalkan bukan cakap kosong
Asalkan bukan fitnah
Asalkan bukan lagha
Asalkan bukan mengata
Tapi mampukah kita?
Mohon kita dilindungi dari melakukan perbuatan sia-sia
Ayuh zikirkan Yaa Rahmaan Yaa Rahiim 100 kali usai solat fardhu

 Si Kayu Manis
29022012
Leap Year

Monday, February 27, 2012

'ASAL AYAM HENDAK KE LESUNG, ASAL ITIK HENDAK KE PELIMBAHAN'

Alhamdulillah...

2012

Terima kasih Ya Rabbi kerana telah memberi kami peluang menikmati kehidupan yang indah ini dlm tahun 2012.. mungkin agak terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 .. tetapi rasanya tidak salah untuk mengucapkan Selamat Menempuh Tahun 2012 dengan penuh bersemangat dan keikhlasan..

Membuka tirai 2012 di pejabat kami pada kali ini dimulakan dengan pelbagai cerita mengenai suka dan duka 2011, kesihatan, anak-anak dan perjalanan kita sebagai khalifahNya... entah kenapa hari ini hati Si Kayu Manis tergerak untuk meng'hapdate' blog ini yg dah hampir dilupakan kata laluannya... nak nak pulak Si Kayu Manis bukanlah Blogger tegar ekekeke... errr.. jauh di sudut hati Si Kayu Manis sebenarnya 'tahu' knp... ini mungkin dipengaruhi oleh 'aktiviti' 4 Spices yang sedang menjadi Detektif Conan mahupun ala2 Sherlock Holmes di pejabat ini... *Dan dalam masa yang sama rasa tidak 'amanah' pulak krn sdg 'cuba' meng'hapdate' blog pada waktu bekerja.. (erkkkkk... tp time ni pulak ada mood..takpe Si Kayu Manis cuba drag ke lunch time utk kembali menaip)*

PROFESSIONALISM

Tidak perlu Si Kayu Manis menghuraikan apakah aktiviti tersebut kerana rasa tidak professional untuk mendedahkannya hahhaha.. (tp Che Ketum sure faham apakah ia)... Sepanjang hampir dua purnama dalam Tahun 2012 bertugas di pejabat ini, pelbagai kerenah dan ragam yang telah diperhatikan... Ada kala rasa gelihati, ada juga ketikanya datang sekelumit simpati tapi setelah mendalami... 'Ada Aku Kesah' adalah kata yg lebih tepat untuk diucapi...

Lumrah kita sebagai manusia, melakukan kesilapan kerana itulah fitrahnya.. namun kesilapan adalah sesuatu yang tidak disengajakan, yang seharusnya kita jadikan pegangan untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Namun, mungkin ada sesetengah dari kita atau mungkin diri Si Kayu Manis sendiri yang tidak sedar apa yang dilakukan itu adalah satu kesilapan.

Sikap tidak professional sesetengah manusia ada kalanya menguji atau mencabar keprofessionalan (ada ke perkataan ini dlm Kamus Dewan?) org lain... umpama 'Ditelan mati emak, diluah mati bapak'.. kalu ikut logik.. buat apa nak telan kalau dah tahu luah pun tidak mampu, bukan? Itulah indahnya Bahasa Ibunda... penuh keseniannya yang perlu kita lihat dalamannya.. kaitannya peribahasa tersebut dgn isu keprofessionalan ini adalah sekiranya tidak diberi respon maka si dia akan terus tenggelam dengan labu-labunya dan dalam masa yg sama sekiranya dilayan akan menyemarakkan api yg sedang membara... Namun dari satu sudut lain pula, seseorang itu ada kalanya perlu disedarkan agar tidak tenggelam dalam dunianya.. yang mana hanya dia saja yang berada di pihak yang benar dan semua yang di sekitarnya jahil dan dungu.. tidak seperti dirinya yang sentiasa BETUL dan TAHU.. itulah indahnya meneliti ragam manusia yang kadang kala mampu mengundang tawa... Dalam masa yang sama juga, kita yang meneliti ragam manusia haruslah bijak mengawal emosi sekiranya ada perlakuan yang kurang disenangi yang mungkin bisa menyentuh naluri amarah kerana di kala itulah musuh Adam membisikkan hasutannya yang seringkali manusia tewas dalam menanganinya termasuklah diri Si Kayu Manis sendiri... istighfar... 

ADILKAH?

Ada manusia yang telah diberi peluang dan ruang untuk memperbaiki diri tapi disalah ertikan peluang itu.. menuding satu jari sekerasnya ke arah orang lain walhal tidak disedari empat jari lagi menuding diri sendiri... Saat menaip entry ini, terdetik dalam hati Si Kayu Manis apakah benar ada manusia yang memang sejujur-jujurnya tidak pernah wujud rasa bersalah dalam diri? Kerja itu satu ibadah, sekiranya tidak jujur dalam bekerja umpama kita telah membunuh ibadah itu... Malah menghadirkan diri ke tempat kerja juga dikira sebagai ibadah selagi kerja yang dilakukan itu berlandaskan syariah.. Kerja yang dilakukan dengan jujur dan ikhlas besar ganjarannya. Tetapi siapakah kita untuk menilai keikhlasan dan kejujuran manusia? Adakah adil untuk kita menilai keikhlasan dan kejujurannya hanya melalui luahannya di alam maya?  Si Kayu Manis  percaya kita bukanlah orang yang layak untuk menilai keikhlasan mahupun kejujuran seseorang itu, tetapi kita mampu mengukur INTEGRITI seseorang melaluinya. 

Meminjam statement tak tahan Che Ketum, "...seseorang yang mengaku dirinya sakit dan dalam masa yang sama mengambil cuti sakit atau cuti rehat tapi sebenarnya mahu berlibur, itu dikira tidak BERETIKA..." (lebih kurang gitu la ayat Che Ketum melalui aplikasi 'What's Up Dude' tempoh hari ekekkeke..) 

Namun demikian dalam masa yang sama kita perlu akur bahawasanya TIADA undang-undang yang memperuntukkan kita untuk menghukum orang seperti itu. Adilkah tindak tanduknya kpd org lain dan adilkah pelaksanaan amanah terhadap ibadahnya? TETAPI kita perlu yakin, perbuatan itu dinilai Raqiib dan Atid di kiri kanannya. Titik.

Mungkin benarlah kata pepatah 'Asal ayam hendak ke lesung , asal itik hendak ke pelimbahan' membawa maksud tabiat orang tak mungkin berubah... 

Apa-apapun, harapan Si Kayu Manis - 'Api kecil baik dipadam'. 

Wallahua'lam...