Tuesday, March 20, 2012

Surat Untuk Enche Boss

Kehadapan Enche Boss yang dihormati,

Terima kasih kerana Enche Boss belum pernah lagi menghuru-harakan suasana kerja anak-anak buah Enche Boss sepanjang kehadiran Enche Boss di Kota Metropolitan ini. Berbeza sungguh Enche Boss kalau hendak dibandingkan dengan Dato’ Boss yang dolu-dolu tu (Si Jintan Manis & Si Bunga Lawang pasti sgt setuju, kan?).. Hehe.. Sikap tenang Enche Boss adakalanya membuatkan anak-anak buah Enche Boss kagum tapi ada juga yang berasa agak dangkal dengannya. Enche Boss terlalu tenang sehinggakan sukar untuk anak-anak buah Enche Boss mengagak gerak-geri atau tindak-tanduk Enche Boss seterusnya. Enche Boss sedar tak yang sikap tenang Enche Boss itu ada ketikanya anak-anak buah Enche Boss tak perlukannya? Ada kalanya anak-anak buah Enche Boss berasa keliru di antara sikap tenang Enche Boss dengan sikap ‘penakut’.. (Err...maaf Enche Boss, tiba-tiba saya merasakan agak keterlaluan saya gunakan perkataan ‘penakut’.). Mungkin ada kalanya sikap tenang Enche Boss itu dilihat sebagai sesuatu yang ‘tidak berani;’ (hmm..ini lebih baik)

Enche Boss yang dirahmati,

Saya tidak berniat untuk mencela sikap terpuji Enche Boss itu. Tetapi ada kalanya sikap terpuji itu boleh memakan diri kita Enche Boss.. Kalau Enche Boss tak suka sesuatu (berkaitan hal kerja la Enche Boss), Enche Boss boleh cakap je dengan  kitorang.. Paling  takpun dengan BFF Enche Boss tuh... Ye la kan, mana la anak-anak buah Enche Boss ni tahu, apa yang dibuat tu tak kena ke, ok  ke.. Err.. saya kira Enche Boss mesti tahu yang anak-anak buah Enche Boss terutama kaum Hawa ni kalau bercakap, pitching mesti standard Ning Baizura... takpun Ziana Zain.. Mungkin itu yang membataskan komunikasi dua hala antara Enche Boss dengan anak-anak buah Enche Boss, kan? Hehehe.. ye anak-anak buah Enche Boss memang begitu.. kalau bercakap tu mesti ala2 di medan perang gayanya.. nak mengalahkan bunyi bom barangkali...

Enche Boss yang diberkati,

Sebenarnya, anak-anak buah Enche Boss ni menyanjung tinggi keperibadian Enche Boss tau, lebih-lebih lagi ehem ehem (alamak,saya tak boleh bagitahu la.. nanti bocor la rahsia).. Tapi Enche Boss pun perlu tahu jugak yang ada anak-anak buah Enche Boss tak berapa nak selesa dengan perwatakan tersebut (sayalah tu...).. Tapi takpelah Enche Boss, Enche Boss jangan risau ye... Pandai2lah anak-anak buah Enche Boss tu menyesuaikan diri...
Anak-anak buah Enche Boss ada permintaan.. Boleh tak lain kali Enche Boss jangan pura-pura tenang kalau sebenarnya benda tu memang perlukan keadaan yang huru-haru untuk diselesaikan? Tapi, sebenarnya bersikap tenang itu memang menyenangkan, Enche Boss! Hehehe... Ha, lagi satu..boleh tak kalu Enche Boss berani sket buat keputusan seperti- tidak memperkenankan pengambilan pekerja yang tidak menunjukkan minatnya dlm meneruskan kerja? (Enche Boss faham ke ayat berbeli saya ni?) Kalau Enche Boss tak faham pun, mesti Enche Boss masih bersikap tenang, kan?

Enche Boss yang sentiasa tenang,

Ada beberapa kali anak-anak buah Enche Boss perasan yang Enche Boss ada buat lawak. Tapi, mungkin dek kerana tak sangka atau terkujat maka lawak Enche Boss dipandang kosong, tidak disambut dengan hilai tawa.. Enche Boss janganlah berkecil hati, ye. Kalaulah anak-anak buah Enche Boss tak ‘blur’ (kunun) masa dengar lawak Enche Boss tu, mesti anak-anak buah Enche Boss ketawa berdekah-dekah... Anak-anak buah Enche Boss memang sangat-sangat tidak menyangka yang Enche Boss pandai ‘buat lawak’ rupanya... Enche Boss, nak tanya sikit lagi boleh tak? Kenapa masa tazkirah tempoh hari, bila ustaz tu buat lawak, Enche Boss tak ketawa pun..kurang-kurang senyumlah nampakkan gigi Enche Boss tu.. penat tau ustaz tu kerling kat Enche Boss nak test market lawak dia berjaya tak beli jiwa Enche Boss... huhu.. Ye la, fine... mungkin la ye lawak ustaz tu tak setaraf ‘Lawak Ke, Der’ tapi kurang-kurang menyeringai la sikit, Enche Boss.. hehehe.. Hurmm, ok ok.. faham faham.. Enche Boss ni memang seorang yang tenang kan hinggakan ketawa pun tenang je...
Enche Boss tahu tak yang sebenarnya ada anak-anak buah Enche Boss ni nak kirim doa sempena pemergian Enche Boss ke Tanah Suci nanti. Anak-anak buah Enche Boss ni dah penat dah jerit doa tu kuat-kuat... Tapi macam biasalah, Enche Boss tenang je macam tak dengar je apa yang dijeritkan. Opkos la Enche Boss  tak dengar kan, sebab anak-anak buah Enche Boss tu jerit dalam hati je hehe.. Sebabnye? Entah, mungkin anak-anak buah Enche Boss tak nak menyusahkan Enche Boss yang sentiasa tenang tu... Kalau boleh dibuat senarai, maka berkajang pulak lah Enche Boss  nak baca depan Kaabah nanti, takpun di Jabal Rahmah tu sudah pasti ada kiriman doanya (wink wink). Ye la, Enche Boss  ni pun satu... buat2 la tanya anak-anak buah Enche Boss ni.. nak kirim doa ke? Takpun paling kurang kirim salam pada Rasulullah SAW. Hmm, tapikan Enche Boss, yang tu semua tak penting pun... yang penting, Enche Boss dapat menunaikan ibadah umrah dengan cemerlang, selamat pergi dan kembali, amin.

Enche Boss yang menyenangkan (kata sesetengah oranglah, pastinya BUKAN saya),

Enche Boss tak pelik ke kenapa ada entri pasal Enche Boss ni ye? Hehehe... entahlah Enche Boss sebab tadi saya ada perasaan menyirap kat Enche Boss tapi tak lama.. Tapi apa yang saya perasan, Enche Boss ni macam membuatkan ibu-ibu berbadan dua kurang gemar dengan ketenangan Enche Boss itu. Aduhaiii nye ekekekke.. Pohon beribu ampun ye Enche Boss... Saya percaya bukan salah Enche Boss tapi entahlah..kita salahkanlah ketidakstabilan hormon ibu mengandung je ok..

p/s: Entri ini ditujukan khas untuk Si Bunga Cengkih yang sedang mengalami sindrom ketidakstabilan hormone marahkan Enche Boss yang agak dasyat hinggakan PA Enche Boss (nasib ko lah Che YAYA) turut mendapat tempiasnya ngehngehngeh...

Wednesday, February 29, 2012

ZIKIRULLAH

Ada orang cakap...
Melayu mudah lupa
Habis..Cina, India, Melanau, Kadazan, Iban?
Tidak mudah lupa?
Kita mungkin mudah lupa
Tapi bukan sebab kita Melayu..
Ayuh zikirkan..  Ya Rahmaan 100 kali usai solat fardhu

Ada orang cakap..
Makan Nasi Lemak mudah mengantuk
Santannya memberatkan mata
Kenyang makan bantal dicari
Kenapa santan yang berdosa?
Benarkah hanya kerana makan sahaja mampu mempengaruhi lena kita?
Ayuh zikirkan... Alif Laam Miim Allahu La Ilahaillahu wal Hayyul Qayyuum (Al Baqarah ayat 225)

Ada orang cakap...
Budak-budak jangan dimomokkan
Nanti membesar jadi penakut
Takut gelap, takut bunyi-bunyian, takut  itu, takut ini
Hantu yang dimomokkan tak nampak pun kita dah takut
Takut pada benda yang tak nampak
ALLAH pun kita tak nampak.. tapi TAKUT tak?
Punyai rasa TAKUT  tak mengapa asalkan jangan jadi PENAKUT pada yang karut.. TAKUTlah pada yang KEKAL
TAKUT itu subjektif malah adakalanya indah.. Takut berbuat dosa, takut menerima rasuah, takut berbuat fitnah.. Takut yang ini besar ganjarannya
Lain orang lain takutnya.. takut ambil periksa, takut barang hilang, takut tak sempat sampai awal...takut ditinggalkan... takut menghadapi musuh..takut pada perompak.. pada peragut...
Mari hindarkan rasa takut
Ayuh zikirkan Yaa Baaqi 113 kali setiap malam ketika hendak tidur

Ada orang cakap...
Ada yang orang tak cakap...
Ada orang tak bercakap..
Ada yang tak berhenti bercakap...
Bercakap tak mengapa
Asalkan bukan cakap kosong
Asalkan bukan fitnah
Asalkan bukan lagha
Asalkan bukan mengata
Tapi mampukah kita?
Mohon kita dilindungi dari melakukan perbuatan sia-sia
Ayuh zikirkan Yaa Rahmaan Yaa Rahiim 100 kali usai solat fardhu

 Si Kayu Manis
29022012
Leap Year

Monday, February 27, 2012

'ASAL AYAM HENDAK KE LESUNG, ASAL ITIK HENDAK KE PELIMBAHAN'

Alhamdulillah...

2012

Terima kasih Ya Rabbi kerana telah memberi kami peluang menikmati kehidupan yang indah ini dlm tahun 2012.. mungkin agak terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 .. tetapi rasanya tidak salah untuk mengucapkan Selamat Menempuh Tahun 2012 dengan penuh bersemangat dan keikhlasan..

Membuka tirai 2012 di pejabat kami pada kali ini dimulakan dengan pelbagai cerita mengenai suka dan duka 2011, kesihatan, anak-anak dan perjalanan kita sebagai khalifahNya... entah kenapa hari ini hati Si Kayu Manis tergerak untuk meng'hapdate' blog ini yg dah hampir dilupakan kata laluannya... nak nak pulak Si Kayu Manis bukanlah Blogger tegar ekekeke... errr.. jauh di sudut hati Si Kayu Manis sebenarnya 'tahu' knp... ini mungkin dipengaruhi oleh 'aktiviti' 4 Spices yang sedang menjadi Detektif Conan mahupun ala2 Sherlock Holmes di pejabat ini... *Dan dalam masa yang sama rasa tidak 'amanah' pulak krn sdg 'cuba' meng'hapdate' blog pada waktu bekerja.. (erkkkkk... tp time ni pulak ada mood..takpe Si Kayu Manis cuba drag ke lunch time utk kembali menaip)*

PROFESSIONALISM

Tidak perlu Si Kayu Manis menghuraikan apakah aktiviti tersebut kerana rasa tidak professional untuk mendedahkannya hahhaha.. (tp Che Ketum sure faham apakah ia)... Sepanjang hampir dua purnama dalam Tahun 2012 bertugas di pejabat ini, pelbagai kerenah dan ragam yang telah diperhatikan... Ada kala rasa gelihati, ada juga ketikanya datang sekelumit simpati tapi setelah mendalami... 'Ada Aku Kesah' adalah kata yg lebih tepat untuk diucapi...

Lumrah kita sebagai manusia, melakukan kesilapan kerana itulah fitrahnya.. namun kesilapan adalah sesuatu yang tidak disengajakan, yang seharusnya kita jadikan pegangan untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Namun, mungkin ada sesetengah dari kita atau mungkin diri Si Kayu Manis sendiri yang tidak sedar apa yang dilakukan itu adalah satu kesilapan.

Sikap tidak professional sesetengah manusia ada kalanya menguji atau mencabar keprofessionalan (ada ke perkataan ini dlm Kamus Dewan?) org lain... umpama 'Ditelan mati emak, diluah mati bapak'.. kalu ikut logik.. buat apa nak telan kalau dah tahu luah pun tidak mampu, bukan? Itulah indahnya Bahasa Ibunda... penuh keseniannya yang perlu kita lihat dalamannya.. kaitannya peribahasa tersebut dgn isu keprofessionalan ini adalah sekiranya tidak diberi respon maka si dia akan terus tenggelam dengan labu-labunya dan dalam masa yg sama sekiranya dilayan akan menyemarakkan api yg sedang membara... Namun dari satu sudut lain pula, seseorang itu ada kalanya perlu disedarkan agar tidak tenggelam dalam dunianya.. yang mana hanya dia saja yang berada di pihak yang benar dan semua yang di sekitarnya jahil dan dungu.. tidak seperti dirinya yang sentiasa BETUL dan TAHU.. itulah indahnya meneliti ragam manusia yang kadang kala mampu mengundang tawa... Dalam masa yang sama juga, kita yang meneliti ragam manusia haruslah bijak mengawal emosi sekiranya ada perlakuan yang kurang disenangi yang mungkin bisa menyentuh naluri amarah kerana di kala itulah musuh Adam membisikkan hasutannya yang seringkali manusia tewas dalam menanganinya termasuklah diri Si Kayu Manis sendiri... istighfar... 

ADILKAH?

Ada manusia yang telah diberi peluang dan ruang untuk memperbaiki diri tapi disalah ertikan peluang itu.. menuding satu jari sekerasnya ke arah orang lain walhal tidak disedari empat jari lagi menuding diri sendiri... Saat menaip entry ini, terdetik dalam hati Si Kayu Manis apakah benar ada manusia yang memang sejujur-jujurnya tidak pernah wujud rasa bersalah dalam diri? Kerja itu satu ibadah, sekiranya tidak jujur dalam bekerja umpama kita telah membunuh ibadah itu... Malah menghadirkan diri ke tempat kerja juga dikira sebagai ibadah selagi kerja yang dilakukan itu berlandaskan syariah.. Kerja yang dilakukan dengan jujur dan ikhlas besar ganjarannya. Tetapi siapakah kita untuk menilai keikhlasan dan kejujuran manusia? Adakah adil untuk kita menilai keikhlasan dan kejujurannya hanya melalui luahannya di alam maya?  Si Kayu Manis  percaya kita bukanlah orang yang layak untuk menilai keikhlasan mahupun kejujuran seseorang itu, tetapi kita mampu mengukur INTEGRITI seseorang melaluinya. 

Meminjam statement tak tahan Che Ketum, "...seseorang yang mengaku dirinya sakit dan dalam masa yang sama mengambil cuti sakit atau cuti rehat tapi sebenarnya mahu berlibur, itu dikira tidak BERETIKA..." (lebih kurang gitu la ayat Che Ketum melalui aplikasi 'What's Up Dude' tempoh hari ekekkeke..) 

Namun demikian dalam masa yang sama kita perlu akur bahawasanya TIADA undang-undang yang memperuntukkan kita untuk menghukum orang seperti itu. Adilkah tindak tanduknya kpd org lain dan adilkah pelaksanaan amanah terhadap ibadahnya? TETAPI kita perlu yakin, perbuatan itu dinilai Raqiib dan Atid di kiri kanannya. Titik.

Mungkin benarlah kata pepatah 'Asal ayam hendak ke lesung , asal itik hendak ke pelimbahan' membawa maksud tabiat orang tak mungkin berubah... 

Apa-apapun, harapan Si Kayu Manis - 'Api kecil baik dipadam'. 

Wallahua'lam...



Tuesday, September 27, 2011

'WAY TO GO CHE BUNGA LAWANG'

Salam all..


Phewww..


Rasanya dah lama, hampir 10 bulan jugaklah blog nih tak 'berkemas'.. al-maklumlah semua nye bz bee tahap gaban... (Agak2nye four spices ni pun dah tak ingat dah nama spice masing2 muahahha) 


Alhamdulillah, Si Kayu Manis dah tamat kursus ituuu, Si Jintan Manis pun dah tamat tempoh 3 purnamanya dan telah kembali bertugas... Manakala Si Bunga Cengkih semakin 'berisi' ekekke..lambat laun insyaAllah, betul2 berisi! Amin... Che Ketumbar (Bukan nama sebenar) pula telah pergi berjihad..Alhamdulillah :)


Post ini disediakan khusus untuk Si Bunga Lawang yang telah LULUS dalam peperiksaan gomen baru2 ini.. Alhamdulillah.. kami mendoakan kejayaan anda seterusnya, amin..


'May today's success be the beginning of tomorrow's achievements. Congratulations, Si Bunga Lawang!'






~Kayu Manis ~

Thursday, December 16, 2010

BILA SAYA KE KURSUS ITU..SAYA RINDUKAN....

Whoa!!! Lama gile tak jenguk blog ini...rasanya hampir sepurnama sejak Si Kayu Manis 'terpaksa' ke kursus ituuuu... Hati Si Kayu Manis kalau boleh nak je mohon buat kursus itu secara PJJ...takpun secara separuh masa selama setahun dua...tapi mana mungkin ianya diluluskan..jadi dalam keterpaksaan redah juga walau banyak hati insan tersayang yang terluka uwaaaaaaaa...

Dalam keterpaksaan itulah rasa rindu membuai2 dalam hati Si Kayu Manis...semasa meredah kursus itu apa yang berlegar2 dibenaknya hanyalah benda2 yang diRINDUInya iaitu:

1) Her Other Half, of course!
2) Her Kiddos, for sure!
3) Her Quality Time with Family, oh my!
4) Her fav tv slot @ 132- Spontan & Oh Yeah, really look frwrd to watch every week...
5) Her iPod, lalalalalala...
6) Her Spice Girls, yeahhhaaaa...and as well as geng2 606 kat opis itu
7) Her Luncheon Hour (makan paling byk, ok!)
8) Her Nasi Lemak Kukus Sedap Gila  (diminati semua tapi bukan Si Kayu Manis yg buat hahhaha)
9) Her Washing Machine..(erkkk..aci ke??)
10) Her cats
11) Workcrap!!!!! hahahhaa..bukan Workcamp ok....

By the way, list ke-11 itu hanyalah dusta semata...

Entry kali ini dilakukan atas desakan peminat, eh silap..atas desakan Si Bunga Lawang yang bertalu-talu...dan tidak dilupakan juga Che Ketum kita atau nama penuhnya Che Ketumbar (bukan nama sebenar) selaku pemerhati setia hehehhhee.. kepada Si Jintan Manis dan Si Bunga Cengkih, teruskan dedikasi anda dalam tugasan harian kerana mungkin anda akan dicalon atau dinobatkan sebagai tokoh inovasi, transformasi, transformers mahupun optimus prime sekalipun ekekkkeke...sama2 lah buktikan pada Pak Aji Knows All bahawa warna kuning tidak semestinya emas...ekekkeke (apa aku merapik ni setannnn)...tapi kaler birulah yang sebenarnye emas wakakakkakka...

Hmm..setakat ini je lah yg mampu dikongsi..jap gi nak menghadap notes..esok ada exam ok...T T uwaaaaaa
Wish me luck, gurls.....xoxo
Salam....


30wkToGo
~Si Kayu Manis~


Tuesday, November 2, 2010

'LOS & FAUN' THE SERIES!

Salam all..

Memang semalam (Monday- was a Magical Monday!).. Kepada Si Bunga Lawang dan Si Jintan Manis,  kisah semalam pasti membuat korang berdua tersenyum sensorang kehkehkeh..
Siri I

Lokasi: The Mall, Parking Lot

Waktu: 2.13 ptg

Sinopsis: 

Lebih kurang jam 2.07 ptg, kitorang bergegas turun ke parking lot sambil mengendong 'hasil rampasan' dari Tingkat 1 The Mall..huahuahua...seperti biasa, kitorang akan berebut2 membayar duit parking yang tak seberapa murah tuuh ngeh3x..dengan pantasnya sambil membuat ayat 'cover line' si Jintan Manis terus mengeluarkan note RM5 bertujuan untuk membayar tiket parking yang dipegang oleh si Kayu Manis...

'Cheh! apa ni wat susah2 bayar...jgn la mcm tuh Che Salmah' sapa si Kayu Manis kepada si Jintan Manis...
'Eh, xpe...pat hengget jer...apa sgt la nk dibandingkan ngan casing ipod I ekekkke....' balas si Jintan Manis..
'Ala ye ke, tapi Che Salmah, bapak saya baru kirim wang dari Hong Kong..' bidas si Kayu Manis xmau mengalah....

*Dialog di atas telah disunting terlebih dahulu untuk disesuaikan dengan mood  bulan P.Ramlee di Astro yang dah habis pun kalu tak silap aku ekekkekke*

Dan selepas itu kami berempat (termasuk Nia- bukan nama sebenar) bergegas menuju ke kereta yang berada di Car Wash parking lot. Gedebak-gedebuk, kereta yang telah siap dicuci menderum keluar dari perut parking lot. Tiba-tiba si Bunga Cengkih memberhentikan kereta dan mencari2 tiket parking... Alahai si Kayu Manis, knp la ko wat suspen nih...puas kitorang carik, dalam purse, bawah kerusi, dalam bonet, tepi pintu, malah di semua ceruk dalam keta dah selamat diselongkar..dan siap kol Cina yang basuh keta tadi mintak tlg ushar kat meja and lantai..tapi masih jugak tak jumpa!!!! Adusss..mcmana ni geng?

Kebetulan,ada satu keta ni pun nampak macam ala2 ayam berak kapur..dah sampai kat palang nak kuar tapi reverse and terus u-turn..time tuh pulak kitorang tengah dok kalut mencarik tiket tuh so tak la pasti sgt apa masalah mamat tuh... ada la dekat 5-6 minit gak kitorang berenti mencari and last2 nampak mamat tuh balik ke arah palang n u-turn balik..eh eh..mamat ni buat sarkis ke apa? ngeh3x...time tuh kitorang dah siap reverse..gamble baik punye..n keta diberhentikan sebab dah bertembung ngan keta2 yg nak kuar..time berselisih dgn mamat ni kitorang sapa dia sambil menekan power window turun...hehhhee..

'You apa kes?' soal si Kayu Manis macam polis angkasa Gaban lagaknya
'Ehehe..I lupa mau bayar lor...' jawab mamat tadi dlm loghat Hakka nya yg pekat..
'Hehehee..oh itu mcm ka?? I punya tiket sudah hilang woooo' balas si Kayu Manis dalam loghat Hakka nya yang dibuat2..
*Pelik..org Melayu, bila berdialog dgn bangsa lain, mesti akan automatik tukar slanga nye even bila kita berdialog dengan orang Indon yang serumpun..pernahkah anda terfikir kenapa? Pada hemat saya, orang Melayu (Malaysia) sgt indah budi pekertinya, menghormati bangsa lain, berbudi bahasa dan pandai mengambil dan menjaga hati bangsa lain agar tidak terguris supaya lebih selesa untuk meneruskan bicara* (Hehee..termasuk lah dalam kes ini)
'Oh! Saya mau pergi pusing balik bayar' balas mamat Cina tu tadi
'Ha...saya ikut u arr...' si Kayu Manis tanpa kaver line terus cuba mem'follow' mamat itu...

Dipendekkan cerita, sampai di parking lot tadi, kitorang cepat2 carik di serata tempat dan siap spotcheck balik tmpt car wash n dlm keta lagi sekali..si Kayu Manis terus berlari ke pejabat parking yg tak jauh dari car wash...juga dipendekkan cerita, sampai je kat kaunter, si Kayu Manis terus tanya soklan:
'Tadi saya dah bayar paking, tapi hilang, ada tak orang jumpa kad saya??? Mcmana mau buat?'
'Pukul berapa awak keluar tadi?' tanya Inspektor Sahab..eh silap..tanya aci kat kaunter tuh
'Dalam kul 2 suku la auntie..' jawab si Kayu Manis penuh pengharapan
'Hmmm..betullah..ni ada ha worang jumpa..itu atas mesin juga letak' jwb aci tu lagi
'satu ringgit ha..kasi bayar, banyak nasib baik, kalau tak RM5 kena tau..' antara dengar tak dengar je..bab RM5 tu, si Kayu Manis sampuk dalam hati je..sanggup aje kalu RM5 tapi kalu RM50 sangap la sikit untuk harga sekeping tiket parking (baik aku parking kat hotel je ahakss...)

Maka pulanglah kitorang ke opis lewat sikit dari kebiasaan..sesungguhnya kejadian ini bukannye disengajakan.. mmg akan tersimpan dlm lipatan sejarah setiap kitorang la adanya tragedi tidak diingini ini..

Moral of the story: 

1)Selain dari pastikan anda memakai tali pinggang keledar sebelum memandu keluar dari parking lot berbayar, pastikan kad parking ada bersama anda dan BERBAYAR!! Jgn jadi mcm mamat tuh hehehhehhehhe ~sigh~

2) Kalau nk gi shopping ke apa ke, sila pastikan ianya adalah di JJ setiap Jumaat minggu pertama setiap bulan kerana..anda tak perlu BAYAR parking! So takde masalah tiket parking hilang! *sengal* kui3x....

Siri II

Lokasi: Kassis Tmn Permata, Parking Lot

Waktu: 9.17 mlm

Sinopsis:

Si Kayu Manis keluar dari kereta menuju ke arah kedai cenderahati untuk membeli wrapping paper dan sedikit barang untuk dibuat hantaran (hmm mesti ramai tak percaya..xpe.. hihihi..)
Masa dalam kedai tuh, si Kayu Manis telah perasan yang handphone nya takde dalam sling bag yang dibawanya..lantas terfikir,,hmmm xpe, ni mesti duduk dlm keta tuh..takpe la..kejap je pun ni..tapi dlm masa yg sama gak, dlm hati berdetik gak 'jgnlah terjatuh atas jalan kat parking lot tuh'..hmmm sambil cuba menafikan kebarangkalian tersebut..

Kejap xkejap dekat 15minit gak la proses memilih wrapping paper dan kad ucapan selesai dilaksanakan dgn suksesnya...dan si Kayu Manis tergerak utk mengambil hp yang dianggap berada di dlm kereta sebelum meneruskan niatnya untuk ke kedai bersebelahan tempat menjual barangan hantaran..hmmmm

Tiba-tiba, mata si Kayu Manis tertumpu pada objek hijau berupa beg duit syiling dari Turki yang mana merupakan pemberian sahabat baiknya...HAH!!! dlm beg itu jugak ada hp bb miliknye yg kalau lah ditakdirkan hilang harus november - disember si Kayu Manis isytihar puasa buat dirinya kerana terpaksa beli hp baru uhuhuhuhu T T 

Memang hari ni nasib sgt2 menyebelahi si Kayu Manis..Alhamdulillah...

Moral of The Story: my instinct is not always right, but never wrong...ngeh3x....
 






















Monday, October 25, 2010

iPod Touch - Phenomena

last week dengan rasminya the spice gurl ada ipod touch one each .. gila kentang tul semenjak ada benda alah nie kat tangan .. sampai tidoq bunga lawang pun lari dr schedule tau!!! .. hehehe ....


spices sekalian .. ayuh kita mendownload!!! 


nota kaki : gurl2 semua .... i mmg xsengaja terdail ext Mr. Knows All tu tau ... huhuhu ...